Skip to main content

Posts

Featured

Tentang penulis.

Yasmin atau Nimsay atau Nabolo ialah seorang loner yang cepat bosan. Mengakui tidak gemarkan warga emas di Facebook dan kurang cantik untuk memapar wajah di Instagram, beliau seperti hilang arah dalam mengadaptasi hidupnya di alam maya yang penuh tipu daya ini. Malah gadis kampung ini tidak pula cukup bijak untuk berdebat dengan para cendekiawan di pentas mahupun di Twitter. Demi mengisi masa terluang, beliau menulis cerita cerita picisan bahasa Melayu yang diinspirasikan dari cerita orang digabungkan pula dengan pemerhatian sendiri. Pembaca diharap tidaklah meletakkan harapan terlalu tinggi kerana ini bukan lah level cerpen sastera atau novel alaf 21. Sekadar certot ringkas standard Bahasa Melayu SPM je doh. Klise tapi harap taklah hambarudin sangat? 

Latest posts

Karina

Suraya

Sal