Karina
Damansara Heights | Jam 3.29 pm, ditulis sambil layan Fidelity // Regina Spektor
---
Di depan cermin. Dia usap-usap wajahnya. Gebar masih dingin. Dia buka jendela berhabuk.
Pagi tadi Karina menahan amarahnya disebalik selimut. Siti dan si Tina tak reti reti ke nak bukak pintu slow slow, padam lampu lepas mandi. Urgh benda kecik pun tak reti buat, gumam dia sendiri.
Setiap pagi tidurnya terganggu. Namun tak pula teringin dia bangun sekali. Sengaja ditunggu mentari menyapa hingga terbit peluh di liang roma leher. Baru dia bangkit.
Harini Sang Suria tak sehangat semalam. Awan hitam mula berarak bagai membawa seribu beban. Pagi yang mendung. Angin dari luar meniup lembut memaksa dia meragut kembali gebar yang baru sahaja dilipat di kaki. Sejuk, lagi lah dia malas bergerak.
"Beb, harini bukan ke last submission MGT 233 kau. Dah send ke?"
Ah renyah perempuan ini. Penyibuk.
Dia biarkan sepi tak berjawab Whatsapp yang diterimanya sejak jam 9 tadi.
Kopi dibancuh. Oppo F5 dicabut dari pengecas. YouTube cerita Padmaavati yang dibintangi artis pujaan nya dibuka kembali. Semalam tak sempat habis.
Deepika Padukone aku adalah agenda yang paling penting harini. Yang lain-lain boleh pergi jahanam.
Fon telinga yang rosak sebelah kiri diambil lalu dipakai. Dia mencari posisi selesa sebelum layan cerita Hindustan. Nescafe Latte dicicip bersama biskut cap Ping Pong. Enak.
Deepika Padukone aku adalah agenda yang paling penting harini. Yang lain-lain boleh pergi jahanam.
Fon telinga yang rosak sebelah kiri diambil lalu dipakai. Dia mencari posisi selesa sebelum layan cerita Hindustan. Nescafe Latte dicicip bersama biskut cap Ping Pong. Enak.
Kelas memang dah sah lah tak pergi kalau selesa tahap dewa dewi camni.
Malas. Dia memang pemalas.
Kerja kursus Management baru siap separuh. Business Research pula sudah terlewat sehari. Tapi itu tak menjadi alasan kukuh untuk dia labuhkan punggungnya di hadapan komputer demi melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar kolej.
Dia sudah terbiasa buat kerja last minute. Atau tak buat langsung. Gagal atau tidak, ah siapa kisah.
Markah aku dia yang lebih-lebih pulak. Rungut dia sendiri.
Dia sudah terbiasa buat kerja last minute. Atau tak buat langsung. Gagal atau tidak, ah siapa kisah.
Markah aku dia yang lebih-lebih pulak. Rungut dia sendiri.
Puas rakan-rakan terdekatnya menasihati. Tapi semua kata-kata ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Atau sebenarnya masuk telinga pun tidak.
"Cubalah kau berubah, Karina."
Bosan. Berapa kali dah diorang ni bagitahu benda sama, bilang dia dalam hati. Dia tak sedar orang yang berbuih mulut membebel itu jauh lagi muak dengan sikapnya.
Yang dia tahu orang asyik menyuruh dia itu ini. Dia berhak atas apa sahaja yang dia lakukan. Selama ni pun tiada siapa yang nak ambil kisah pasal dirinya.
Yang dia tahu orang asyik menyuruh dia itu ini. Dia berhak atas apa sahaja yang dia lakukan. Selama ni pun tiada siapa yang nak ambil kisah pasal dirinya.
Ibu sibuk minta duit. Ayah asyik mengadu perangai ibu yang tak henti membebel akan desakan hidup. Siapa pula nak dengar keluh kesah dia dengan masalah kewangan kolej yang tak henti henti? Siapa nak dorong adik lelaki nya yang tak habis habis dengan najis dadah? Hidupnya sendiri terumbang ambing dengan masalah yang muncul hari hari. Justeru siapa nak senangkan hati nya untuk sehari? Hari ini? Hari esok?
Dia cuma punya diri sendiri.
Mungkin lebih baik dia terus begini. Hanyut, tapi hati nya senang. Dia tak hirau akan masa panjang, kerana dia cuma mahu hirup tenang pada masa sekarang. Hari esok, esok lah. Hari ini, hari ini. Esok exam, esok lah dia study. Hari ini boleh lagi pergi berjoli. Begitu.
Entah apa konsep hidup yang dia pegang dia pun tak pasti. Dari menghadapi renyah hidup yang asyik cuba membunuh dia, dia pilih untuk bahagia, yang mungkin cuma sehari?
Kesenangan tak semestinya membahagiakan, tapi kebahagiaan pasti menyenangkan.
Tapi yang dia tak sedar adalah bahagia yang dia fikir cuma sehari itu berlanjutan dua hari, tiga hari, seminggu, sepurnama, setahun. Bahagia atau lebih kepada menidakkan beban hidup sendiri? Dia sebenarnya hidup dalam denial. Delusi. Makin hari masalah yang dihadapi membukit. Ah tapi dia masih tidak peduli.
Dia tahu dia ketagih buang masa. Apakan daya, itu narkoba dia sehari hari.
Comments
Post a Comment