Sal
Kerinchi | LKJ 1:50 am, ditulis sambil layan Yakinlah Aku Menjemputmu//Kangen Band.
---
"Malam ni dia ada. Aku kena lah pakai cantik cantik! Eh mana pula sikat rambut tadi haih waktu ni jugak lah nak hilang pun."
Tergopoh-gapah Suhana bersiap usai solat Maghrib. Tujuannya bukanlah penting benar. Sekadar hendak menghadiri study group bersama rakan-rakan sekuliahnya di kafe.
Tapi dek mengenangkan jejaka pujaan hatinya ada sekali, bersungguh-sungguh dia mengenakan baju kurung dan tudung sepadan. Dah macam nak pergi kenduri.
"Yang ngko beria-ia sangat ni dah apahal Su. Study group je kot?", soal Alia sambil mencapai sweater biru nya. Alia hairan kerana setahu dia Suhana bukanlah jenis yang sebegitu. "Pompuan ni selalu dia lagi selekeh dari aku hmm pelik", gumam dia sendiri.
Tidak mengendahkan soalan Alia, Suhana dengan bersahaja menarik tangan rakan serumahnya itu dan mereka berlalu pergi dengan tergesa-gesa.
Sampai saja di kafe, rakan-rakan yang lain terlihat sudah sedia dengan bahan ulangkaji masing-masing di atas meja. "Ha sampai pun teacher Suhana Kamaruzzaman. Eh ni bukan teacher ni, ini Ustazah Suhana ya ahlan wasahlan ustazah silakan al duduk lah enti", Azmi berseloroh.
Rakan-rakan yang lain tertawa dengan usikan itu. Suhana yang berasa malu disindir, sempat menyiku tubuh Azmi sebelum mengambil tempat. Geram pula dia dengan mamat loyar buruk ni.
Selaku pemegang anugerah dekan empat semester berturut-turut, Suhana diberi kepercayaan menjadi mentor untuk setiap subjek dalam study group itu. Malam ini, dia ada mentee baru, Sal. Budak baru yang berjaya menarik perhatian nya dalam kelas sejak awal bulan lalu.
Sal orangnya pendiam. Dia merupakan pelajar dari Indonesia yang mengikuti program pertukaran pelajar selama enam bulan di situ. Mungkin kerana tidak biasa dengan bahasa pasar Malaysia, dia agak kekok untuk memulakan perbualan.
Satu perkara yang menjadi tarikan utama Suhana terhadap Sal adalah kepantasannya mencongak bila disoal dalam kelas Statistik. Tambahan pula tulisan nya yang berangkai seolah olah ditaip dengan font Monotype Corsiva sering disebut sebut oleh pensyarah.
Malam ini dia mengagumi sendiri tatkala dapat melihat dengan dekat betapa pantasnya lelaki itu menulis sambil mengekalkan baris tulisannya. Kalah tulisan perempuan. "How....", bisik Suhana.
Sal yang tanpa sengaja terdengar bisikan perlahan mentornya, mengangkat wajahnya memandang sambil melemparkan senyuman. Dua lesung pipit di kedua-dua belah pipinya serta merta mencairkan hati Suhana. "Aahh senyum pulak mamat indon ni shit comel gila. Alright control yourself Suhana," mengalihkan pandangan.
Malam itu Suhana pulang dengan hati yang berbunga-bunga. Sebelum tidur terbayang-bayang akan mata Sal yang tajam. Iris nya buat dia lagi terpesona. Dia tersengih sendirian sambil menarik selimut dan membetulkan alas tidurnya. Apa yang pasti, esok dia mahu menatap wajah polos dengan manis senyuman itu lagi. Lenanya terasa indah tak seperti hari biasa.
Hari berganti hari. Kini masuk minggu ketiga study group berjalan seperti biasa. Malam ini Suhana bertekad untuk meminta nombor telefon si Sal. Dia akan menggunakan alasan untuk menambah Sal sebagai ahli di dalam WhatsApp group.
"Oh maaf Su, aku ga pake WhatsApp". "Eh seriously? Habistu selama ni berhubung macam mana?". "Pake FaceTime aja hehe," sambil menyelak rambut yang jatuh menutupi sebahagian mata kirinya. Rakan-rakan lain sedar Sal sekadar berjenaka dan mula mengusik kedua-dua nya.
Suhana malu tapi dia tahu, itu greenlight hubungan persahabatan yang... mungkin boleh pergi jauh.
Sal pula berlagak seperti tiada apa yang berlaku walhal dia sedar akan sesuatu disebalik renungan mata Suhana sejak awal pertemuan mereka.
Saban hari hubungan mereka makin akrab. Sekarang tahulah Alia mengapa rakan baiknya itu dari awal beria-ia semacam setiap kali diajak belajar berkumpulan. Dia gembira kerana bukan senang budak bijak ini nak jatuh hati pada mana-mana lelaki. Dia kenal benar hati batu sahabat nya itu.
Suhana begitu senang dengan sikap Sal yang tak pernah sombong walaupun sebenar nya dia tahu Sal jauh lebih pandai darinya. Walaupun sikapnya introvert dan tidak mudah tertawa riang, dia seringkali dilihat tersenyum. Itu membuatkan Suhana semakin mengagumi dan menyukainya dalam diam.
Enam bulan berlalu dan tibalah masa untuk Sal kembali ke tanah air nya. Sedih akan perpisahan yang bakal berlaku, Suhana meminta untuk berjumpa dengan Sal buat kali terakhir.
Atas dorongan rakan baiknya, Alia, dia bertekad ingin menyatakan isi hatinya. Gemuruh, tapi dia harus meluahkan rasa yang disimpannya sekian lama.
Sal yang dilihat bersahaja dapat mengagak akan kesedihan hati Suhana. Dia tidak mampu menolak ajakan itu. "Sal. Before you go, I want to tell you something". "Sure Su".
Diam. Kedua-dua mata coklat Suhana memandang tepat ke arah Sal. Tubuhnya agak menggigil tapi dia kekal berdiri tegak di hadapan lelaki itu. "Sal, I.. I love you". Terluah satu nafas.
Sesudah mendengarkan itu, Sal kaku. Suhana pula serta merta pipinya bertukar rona merah dan cepat cepat dia mengalihkan pandangan ke arah jalan. Degup jantungnya masih terasa laju.
Sal yang masih lagi terkejut dengan apa yang didengarinya beralih posisi dari perempuan itu. Jemarinya digenggam erat dan matanya kini tertutup rapat. Hatinya meronta-ronta untuk memberitahu hal sebenar. Otaknya ligat menyusun kata.
Suhana diam menunggu. Mukanya tebal menahan malu. "Apa yang aku cakap ni macam mana kalau dia tak suka aku?? Dia ada orang lain ke ni aduhhh sepatutnya mesej je kan senang apalah bodoh nya lahai kau ni Su."
"Suhana aku.. aku bukan lelaki seperti yang kau fikirkan." Terhenti monologue liar Suhana. "Mak.. maksud kamu apa?".
"Suhana, kita tak boleh lebih dari ini. Cukup sekadar bersahabat ok." "Kau sudah ada orang lain ya Sal?". Sal pantas menggeleng lalu berkata, "Suhana lupakan perasaan mu. Ini salah." "Tak aku tak faham kalau kau sudah berpunya pun bagitau je. Aku terima."
Kali Ini sambil memegang bahu Suhana, "Tidak Su. You don't understand. We just... can't ok. Please I beg you." "Apa ni Sal. Takkan kau nak pergi camtu je. At least bagitau lah aku kenapa...." "Oh sebab kita jauh ya? Tak apa Sal we can work on it. I promise." Suhana mula sebak.
"Suhana jangan begini. Aku.. Sama. Seperti. Kamu. Kita tidak boleh bersama okay." "Ya aku tahu kau sama mencintai aku jadi dimana salahnya Sal?", masih terpinga-pinga.
"Su, sudahlah. We can't continue this. I didn't expect you would say such things to me. Enough Suhana. I have to go".
Suhana yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diterimanya, bertindak menarik lengan baju Sal, "I don't care. EXPLAIN," kali ini nadanya tinggi.
Belum sempat memulakan langkah, Sal terhenti lalu memalingkan tubuhnya. Darahnya mula mendidih. "Alright.. You really wanna hear the truth huh? So you said you don't care? You mean you don't care to love a girl??"
"Ap.. apa ni I tak faham."
"Yes Suhana. I'M A GIRL LIKE YOU. I AM A FEMALE UNDERSTOOD???"
Terduduk mendengar tempelak Sal, Suhana terdiam seribu bahasa. Dia hilang kata-kata.
"Sekarang puas hati mu? Maafkan aku Suhana. Aku ga pernah anggap kamu lebih dari seorang teman. Kau baru sahaja mengenali aku. Sepatutnya aku sudah menjauhi mu dari awal. My bad. Maafkan aku. Hidupku punya banyak sejarah hitam Su. I became like this since.... Ah forget it.
Suhana, sometimes you just.. don't know people."
"And plus, I never promise you anything."
Sal memandang lesu Suhana. Rasa bersalah menebal dalam dirinya. Dia memang sengaja merahsiakan identiti sebenar dirinya kerana takut dikecam. Apa lagi di negara orang.
Yang pasti, dia memang sekadar menganggap Suhana sebagai rakan baiknya.
Tanpa berdalih,
"Good bye Nur Suhana Kamaruzzaman".
Suhana masih diam terpana dengan kebenaran yang baru dicampak di wajahnya. Dibiarkan Sal berlalu pergi begitu sahaja.
Seketika duduk di bangku batu itu, terasa air mata nya mula bertakung. Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang baru sahaja berlaku. Langsung tidak menyangka begini pengakhiran cintanya. Dia jijik.
Dia tidak mampu menerima bagaimana perempuan bijak sepertinya dengan mudah sekali tertipu. Selama ini dia lah yang lantang sekali melaung anti pada transgender. Tapi kali ini dia yang terpedaya dengan cinta palsu yang dia sendiri cipta. Terasa dirinya teruk dipermainkan. Apasal aku doh?? Keluh Suhana.
Dari Sal ke ApaSal, dengan pantasnya.
(From Sal to ApaSal, real quick).
Comments
Post a Comment